Wednesday, January 7, 2009

~SIRI KOLAGEN~

Kolagen sering digunakan sebagai rumusan dalam produk kecantikan khususnya untuk awet muda. Ketika mencapai usia 25 tahun dan ke atas, kandungan kolagen dalam badan mula menyusut pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi. Penyusutan kolagen akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

Bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan penggunaanya ke atas kulit, kami memastikan hanya bahan-bahan semulajadi terpilih sahaja yang digunakan di dalam produk ini. Bahan semulajadi utama yang terdapat didalam produk ini adalah dari ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti Protein Soya dan Ekstrak gandum serta Ascorbil Glucoside (Vitamin C).

Protein Soya amat baik sebagai anti kedutan dan penuaan. Ia merencatkan aktiviti elastase dan menggalakkan pembentukan kolagen dan elastin dan seterusnya memulihkan keanjalan kulit. Ia juga menghalang tindakan radikal bebas dan merencatkan kejadian kedut-kedut halus. Penggunaannya akan mengekalkan keremajaan kulit.

Ekstrak gandum mengimbangkan kelembapan kulit dan membentuk satu lapisan perlindungan kepada kulit secara berterusan. Ia dapat mengelakkan berlakunya kekenduran dan mengekalkan ketegangan kulit. Ekstrak Gandum mempunyai kadar pengurangan rengsaan yang tinggi sekaligus mengurangkan berlakunya iritasi kepada kulit. Selain itu, ia juga merencatkan aktiviti tyrosinase dan elastase serta membantu mengekalkan “clarity” dan pencerahan kulit.

Ascorbyl Glucoside (Vitamin C) pula mempunyai semua kebaikan Vitamin C dan kesannya didapati lebih stabil dan tahan lama berbanding Vitamin C biasa. Vitamin C jelas terbukti mempunyai banyak manfaat ke atas kulit , bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan pertahanan kulit.

Gabungan tiga bahan semulajadi ini menghasilkan satu siri produk yang boleh mencerah dan meratakan “tone” kulit, memudarkan pigmentasi, meningkatkan keanjalan kulit dan melindungi kulit daripada kesan buruk akibat radikal bebas. Ia juga mengimbangi kelembapan kulit dan wajah supaya kelihatan berseri, licin, lembut dan beraura.

Perubahan terhadap kulit dengan penggunaan secara konsisten akan dapat dilihat selepas 2 minggu penggunaan produk. Kesan secara total adalah selepas 4 minggu tempoh penggunaan. Produk ini bebas dari bahan kimia terlarang, bebas daripada bahan berpunca haiwan dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga disahkan halal oleh Islamic Research Centre. Jadi anda boleh menggunakannya tanpa ragu-ragu.

No comments:

Post a Comment